Tentu anda masih ingat bukan siri kartun yang bertajuk "Kampung Boy" yang memaparkan kisah kehidupan anak-anak di kampung. Saya sendiri amat meminati siri tersebut kerana siri kartun tersebut menunjukkan suasana kampung yang sangat aman dan tenteram di samping pengajaran-pengajaran yang bisa membentuk peribadi seorang Melayu Boleh daripada siri kartun ini.
Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Noor Khalid telah dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Baru , Perak. Perjalanan hidup Datuk Lat sebagai seorang Kartunis Melayu Boleh memang amat membanggakan. Masakan tidak kerana hasil karyanya juga telah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini telah membuktikan yang Melayu juga boleh berjaya dalam bidang seni lukis di persada antarabangsa.
Sebelum itu, apakata kita tonton beberapa babak dalam kartun Kampung Boy di video ini:
Di samping melukis, Datuk Lat juga telah diberikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai penghargaan kejayaan beliau dalam menghasilkan kartun yang mempunyai nilai komedi intelek. Bakat sebeginilah yang harus ada dalam diri seorang Melayu Boleh yang ingin berjaya. Kita perlulah menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan memberi impak positif terhadap orang lain.
Oleh itu, bersama-samalah kita merubah diri kita agar kita dapat menjadi seorang Hero Melayu Boleh yang dapat memberi sumbangan positif kepada agama, bangsa dan lebih-lebih lagi kepada negara Malaysia tercinta.