Bidang masakan merupakan salah satu bidang yang amat menguntungkan untuk diceburi oleh orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang lain. Chef Wan atau nama penuhnya Redzuawan bin Ismail merupakan salah satu contoh kejayaan Melayu Boleh dalam bidang masakan.
Chef Wan memang tidak dapat dinafikan lagi kebolehan beliau dalam masak-memasak. Beliau juga membuktikan bahawa karier sebagai chef juga boleh membantu seorang Melayu Boleh untuk berjaya hingga ke taraf antarabangsa.
Walaupun beliau sebenarnya berkelulusan akauntan, namun minat beliau dalam bidang masakan tidak dapat dipisahkan. Inilah yang telah berjaya menjadikan beliau salah satu Duta Malaysia dalam bidang masakan.
Selain itu, kepetahan Chef Wan dalam bercakap telah membantu Melayu Boleh ini menjadi pengacara rancangan masakan. Antara rancangan memasak yang pernah dikelolakan oleh Melayu Boleh ini ialah:
1) Chef Wan – Malaysia TV3
2) Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas (1999/ 2000) premiered in South-East Asia, India, Australia, Japan, China, South Africa
3) Flavours of Asia – Prime 12, Singapore Television
4) A Taste of Australia With Chef Wan (Part 1 and 2) Australia ABC Network broadcasted throughout Asia
5) Chef Wan and Gino’s Specials – Norge TV, Oslo
6) Martin Yan’s The Best of Asia and The Edible Roots (1997)
7) The Kuali Cook Show (1992) –Malaysia TV3
Selain itu, Melayu Boleh ini juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang lakonan. Ini membuktikan bahawa Melayu Boleh bukan sahaja boleh berjaya dalam satu bidang sahaja, tetapi bijak mengambil peluang dalam bidang yang lain. Antara filem dan drama yang pernah dibintangi oleh Melayu Boleh Chef Wan ini ialah Lurah dendam(1996),Baginda (1997),Soal Hati(2000) dan Scenerio XX (2004).
Bagi yang ingin mengetahui lebih lajut mengenai Melayu Boleh ini, bolehlah melawat laman rasmi Chef Wan.







sape yang x kenal dengan chef wan?
ntah2 seluruh dunia dah kenal di kot???