Tentu anda masih ingat bukan siri kartun yang bertajuk "Kampung Boy" yang memaparkan kisah kehidupan anak-anak di kampung. Saya sendiri amat meminati siri tersebut kerana siri kartun tersebut menunjukkan suasana kampung yang sangat aman dan tenteram di samping pengajaran-pengajaran yang bisa membentuk peribadi seorang Melayu Boleh daripada siri kartun ini.

Melayu Boleh Melukis Kartun - Datuk LatDatuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Noor Khalid telah dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Baru , Perak. Perjalanan hidup Datuk Lat sebagai seorang Kartunis Melayu Boleh memang amat membanggakan. Masakan tidak kerana hasil karyanya juga telah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini telah membuktikan yang Melayu juga boleh berjaya dalam bidang seni lukis di persada antarabangsa.

Sebelum itu, apakata kita tonton beberapa babak dalam kartun Kampung Boy di video ini:



Di samping melukis, Datuk Lat juga telah diberikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai penghargaan kejayaan beliau dalam menghasilkan kartun yang mempunyai nilai komedi intelek. Bakat sebeginilah yang harus ada dalam diri seorang Melayu Boleh yang ingin berjaya. Kita perlulah menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan memberi impak positif terhadap orang lain.

Oleh itu, bersama-samalah kita merubah diri kita agar kita dapat menjadi seorang Hero Melayu Boleh yang dapat memberi sumbangan positif kepada agama, bangsa dan lebih-lebih lagi kepada negara Malaysia tercinta.

Bidang masakan merupakan salah satu bidang yang amat menguntungkan untuk diceburi oleh orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang lain. Chef Wan atau nama penuhnya Redzuawan bin Ismail merupakan salah satu contoh kejayaan Melayu Boleh dalam bidang masakan.

Melayu Boleh MasakChef Wan memang tidak dapat dinafikan lagi kebolehan beliau dalam masak-memasak. Beliau juga membuktikan bahawa karier sebagai chef juga boleh membantu seorang Melayu Boleh untuk berjaya hingga ke taraf antarabangsa.

Walaupun beliau sebenarnya berkelulusan akauntan, namun minat beliau dalam bidang masakan tidak dapat dipisahkan. Inilah yang telah berjaya menjadikan beliau salah satu Duta Malaysia dalam bidang masakan.

Selain itu, kepetahan Chef Wan dalam bercakap telah membantu Melayu Boleh ini menjadi pengacara rancangan masakan. Antara rancangan memasak yang pernah dikelolakan oleh Melayu Boleh ini ialah:


1) Chef Wan – Malaysia TV3
2) Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas (1999/ 2000) premiered in South-East Asia, India, Australia, Japan, China, South Africa
3) Flavours of Asia – Prime 12, Singapore Television
4) A Taste of Australia With Chef Wan (Part 1 and 2) Australia ABC Network broadcasted throughout Asia
5) Chef Wan and Gino’s Specials – Norge TV, Oslo
6) Martin Yan’s The Best of Asia and The Edible Roots (1997)
7) The Kuali Cook Show (1992) –Malaysia TV3




Selain itu, Melayu Boleh ini juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang lakonan. Ini membuktikan bahawa Melayu Boleh bukan sahaja boleh berjaya dalam satu bidang sahaja, tetapi bijak mengambil peluang dalam bidang yang lain. Antara filem dan drama yang pernah dibintangi oleh Melayu Boleh Chef Wan ini ialah Lurah dendam(1996),Baginda (1997),Soal Hati(2000) dan Scenerio XX (2004).

Bagi yang ingin mengetahui lebih lajut mengenai Melayu Boleh ini, bolehlah melawat laman rasmi Chef Wan.