Tajuk post kali ini munkin berbaur sedikit sensitif. Tetapi tidak salah bagi kita untuk membincangkan perihal ini, iaitu budaya negatif 3gp Melayu Boleh yang semakin lama semakin menular dalam kalangan remaja Melayu Boleh kita zaman sekarang.
Secara ringkasnya, apakah itu 3gp Melayu Boleh? 3gp itu didefinisikan sebagai format digital video bagi telefon mudah alih atau nama sebenarnya "Third Generation Partnership Project (3GPP)". Namun begitu, teknologi ini telah disalah gunakan oleh sebilangan golongan Melayu Boleh yang masih belum terbuka mindanya.
Di alam maya ini, budaya 3gp Melayu Boleh semakin berleluasa dan ini sedikit sebanyak memburukkan nama gemilang Melayu Boleh itu sendiri. Budaya negatif seperti 3gp Melayu Boleh inilah yang akan merosakkan akidah serta sahsiah diri seseorang Melayu terutamanya bagi remaja Melayu Boleh.
Secara mudahnya, jika kita mengooglekan kata kunci bagi 3gp Melayu Boleh, kita dapat perolehi begitu banyak keputusan pencarian yang sangat menyayat hati melihat aksi-aksi negatif remaja Melayu Boleh kini. Apatah lagi apabila Melayu itu sangat sinonim dengan majoriti penganutnya beragama Islam.
Sepatutnya kemudahan teknologi seperti 3gp haruslah dimanfaatkan oleh Melayu Boleh untuk sesuatu yang boleh membawa faedah seperti membuat filem indie yang boleh membawa mesej yang positif. Contohnya seperti membuat dokumentari 3gp dengan telefon canggih anda seperti salah satu video yang mendapat award bagi Best Asia's Mobile Film Award 2007 ini:
Oleh itu, Melayu haruslah sedar bahawa aktiviti merakam, mencuri serta mengedar aksi 3gp Melayu Boleh itu bukanlah satu kegiatan yang sihat. Ingatlah bahawa sesungguhnya aktiviti yang tidak sihat sebegini bisa menghancurkan bangsa kita. Bak kata pepatah "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya". Jangan sudah terhantuk, baru tergadah.
Kenapa Melayu Boleh susah nak berjaya?
Posted by syuxx | 12:31 AM | Artikel Melayu Boleh | 0 comments »Saya sedikit tertarik dengan perbincangan mengenai "Kenapa Orang Melayu susah nak berjaya" di ruangan diskusi YouthSays. Oleh itu, saya ingin merumuskan sedikit daripada pemerhatian dan juga hasil bacaan saya dari ruangan diskusi tersebut.
Kenapa Melayu Boleh susah nak berjaya? Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kenapa seseorang Melayu Boleh itu susah nak berjaya. Salah satunya adalah faktor mentaliti. Penyakit malas merupakan salah satu faktor mengapa orang Melayu Boleh itu susah nak berjaya. Penyakit ini bukan sahaja boleh memusnahkan Melayu Boleh, tetapi kaum-kaum lain juga. Oleh itu, adalah penting supaya sifat malas ini dapat dikikis dalam diri seorang Melayu Boleh agar mereka dapat mencapai kejayaan.
Selain itu, faktor irihati terhadap kejayaan Melayu Boleh yang lain juga menjadi punca mengapa kebanyakkan Melayu Boleh tidak berjaya. Semangat irihati dengan kejayaan orang ini haruslah dibuang jauh-jauh dari dalam diri seorang Melayu Boleh. Kita sepatutnya menjadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin semangat kita untuk lebih berjaya daripada individu tersebut. Bukannya dengan memusnahkan kejayaan seseorang itu.
Tidak bersatu padu serta tidak mahu membantu sesama bangsa juga mempengaruhi persoalan kita. Sepatutnya, sebagai seorang Melayu Boleh, kita haruslah sentiasa rajin membantu sesama insan tidak kira samada orang Melayu atau tidak. Bak kata pepatah
Sebelum itu, apakata kita hayati terlebih dahulu puisi Layu daripada Malique di bawah:
Sememangnya, sebagai seorang Melayu Boleh kita tidak boleh putus asa terhadap kegagalan. Kegagalan itu sepatutnya dijadikan sebagai tiket kejayaan.
Melayu Boleh - Perdana Menteri Malaysia
Posted by syuxx | 4:01 AM | Artikel Melayu Boleh | 7 comments »Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Seorang Melayu Boleh haruslah bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana negara majmuk dan berbilang bangsa yang mempunyai semangat bersatu padu. Oleh itu, sebagai seorang Melayu yang benar-benar boleh kita haruslah berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana mengurniakan kita pemimpin Melayu Boleh yang sebenar iaitu Perdana Menteri yang telah memerintah kita sepanjang kemerdekaan ini.
Oleh itu, penulis ingin menyenaraikan Perdana-Perdana Menteri yang pernah berkhidmat untuk negara kita Malaysia khususnya kepada semua Melayu Boleh untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada pemimpin-pemimpin Melayu Boleh ini.
1. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan inilah salah satu contoh semangat Melayu Boleh yang harus dicontohi oleh bakal-bakal Melayu Boleh di masa hadapan. Tunku Abdul Rahman juga turut dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan kerana telah berjaya membebaskan negara daripada cengkaman penajajah yang boleh merosakkan bakal Melayu Boleh. Beliau telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957 hingga 1970.
2. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Tun Abdul Razak pula merupakan seorang Melayu Boleh yang merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau juga turut dikenali sebagai seorang Melayu Boleh yang berjaya membangunkan negara hingga diberi gelaran Bapa Pembagunan. Antara jasa bakti pemimpin Melayu Boleh ini adalah mengenalkan Dasar Ekonomi baru pada taun 1971 untuk mengatasi masalah ekonomi. Melayu Boleh dan rakyat Malaysia yang lain haruslah bersyukur kerana dikurnikan pemimpin yang boleh seperti Tunku Abdul razak ini. Beliau telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 1970 sehingga 1976. Jasa beliau benar-benar menunjukkan bahawa beliau merupakan Melayu Boleh Sebenar dan haruslah dicontohi oleh orang Melayu supaya Melayu Boleh Kembali dapat direalisasikan.
3. Tun Hussein bin Dato' Onn
Tun Hussein Onn pula merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Sebagai Melayu Boleh sebenar, beliau telah diberikan jolokon sebagai Bapa Perpaduan kerana belaiu merupakan seorang Melayu Boleh yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membangkitkan isu perkauman. Semangat perpaduan sebegini haruslah dicontohi oleh Melayu Boleh agar negara Malaysia Boleh yang aman dan bersatu padu dapat diwujudkan. Tun Hussein Onn telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 1976 hingga ke tahun 1981. Oleh itu, Melayu Boleh haruslah sentiasa mewujudkan perpaduan di antara bangsa-bangsa lain agar status Melayu Boleh itu akan dihormati oleh orang lain.
4. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir atau turut dikenali sebagai Dr. M merupakan Perdana Menteri ke-4 adalah seorang Melayu Boleh yang sangat disegani oleh semua rakyat Malaysia. Melayu Boleh ini telah membawa kemajuan yang besar terhadap pembangunan Negara Malaysia sehingga beliau diberi gelaran sebagai Bapa Permodenan. Beliau telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Sebagai seorang Melayu Boleh yang moden, Tun Dr. M juga mempunyai blog sendiri yang sentiasa dikemaskini dengan picisan idea beliau walaupun sudah tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri. Anda boleh lawati blog Melayu Boleh Permodenan ini di > Chedet.Co.Cc
5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri yang ke-5 memimpin Malaysia ke arah kemajuan sebagai seorang Melayu Boleh yang sebenar. Beliau juga telah diberikan gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan kerana sepanjang pemerintahan beliau, Pak Lah sangat menekankan terhadap isu rasuah dan sebagainya supaya Melayu Boleh yang bersih dapat kita wujudkan. Beliau juga telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari iaitu perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Seorang Melayu Boleh haruslah bijak mengimbangi duniawi dan akhirat mereka supaya kita sentiasa dirahmati oleh Yang Maha Esa. Pak Lah telah berkhidmat dari tahun 2003 hingga ke tahun 2009 tahun ini.
6. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Dato' Seri Mohd Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang terkini iaitu sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Melayu Boleh ini telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6 pada 3 April 2009 untuk memimpin Malaysia dari pucuk kepimpinan Pak Lah. Beliau juga merupakan anak Melayu Boleh iaitu Perdana Menteri ke-2 iaitu Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein. Rakyat Malaysia benar-benar berharap agar Perdana Menteri baru ini akan membantu rakyat Malaysia mengharungi krisis ekonomi yang melanda negara yang sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi Melayu Boleh. Oleh itu, Melayu Boleh haruslah bangkit untuk bersama-sama Dato' Seri Najib dan rakyat Malaysia yang lain bersatu untuk memulihkan ekonomi negara.
Melayu Boleh haruslah mencontohi sikap dan kepimpinan Perdana-perdana Menteri kita yang telah bersusah payah memajukan negara serta telah banyak membantu Melayu Boleh untuk berjaya. Kesimpulannya, Melayu Boleh haruslah sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki taraf hidup mereka supaya gelaran






