Saya sedikit tertarik dengan perbincangan mengenai "Kenapa Orang Melayu susah nak berjaya" di ruangan diskusi YouthSays. Oleh itu, saya ingin merumuskan sedikit daripada pemerhatian dan juga hasil bacaan saya dari ruangan diskusi tersebut.

Kenapa Melayu Boleh susah nak berjaya? Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kenapa seseorang Melayu Boleh itu susah nak berjaya. Salah satunya adalah faktor mentaliti. Penyakit malas merupakan salah satu faktor mengapa orang Melayu Boleh itu susah nak berjaya. Penyakit ini bukan sahaja boleh memusnahkan Melayu Boleh, tetapi kaum-kaum lain juga. Oleh itu, adalah penting supaya sifat malas ini dapat dikikis dalam diri seorang Melayu Boleh agar mereka dapat mencapai kejayaan.

Bangsa Melayu Boleh kah?Selain itu, faktor irihati terhadap kejayaan Melayu Boleh yang lain juga menjadi punca mengapa kebanyakkan Melayu Boleh tidak berjaya. Semangat irihati dengan kejayaan orang ini haruslah dibuang jauh-jauh dari dalam diri seorang Melayu Boleh. Kita sepatutnya menjadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin semangat kita untuk lebih berjaya daripada individu tersebut. Bukannya dengan memusnahkan kejayaan seseorang itu.

Tidak bersatu padu serta tidak mahu membantu sesama bangsa juga mempengaruhi persoalan kita. Sepatutnya, sebagai seorang Melayu Boleh, kita haruslah sentiasa rajin membantu sesama insan tidak kira samada orang Melayu atau tidak. Bak kata pepatah "Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul". Konsep pentingkan diri sendiri juga harus dibuang dalam diri seorang Melayu Boleh. Selain itu, Melayu juga perlu bersatu padu untuk berjaya.

Sebelum itu, apakata kita hayati terlebih dahulu puisi Layu daripada Malique di bawah:



Sememangnya, sebagai seorang Melayu Boleh kita tidak boleh putus asa terhadap kegagalan. Kegagalan itu sepatutnya dijadikan sebagai tiket kejayaan.

0 comments