Marina Ahmad merupakan Wanita Melayu Boleh yang pertama menawan puncak Gunung Everest setinggi 8, 848 metes di atas paras laut. Wanita Melayu Boleh ini telah berjaya mendaki puncak gunung tersebut pada 21 Mei 2007.
Enam daripada tujuh pendaki gunung bagi Ekspedisi Merdeka De Everest 2007 telah berjaya sampai ke puncak gunung tersebut. Keenam-enam pendaki tersebut telah berjaya sampai ke puncak pada jam 6.30 pagi pada waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).
Kejayaan Wanita Melayu Boleh ini memang amat membanggakan kita semua. Ini telah membuktikan bahawa kita juga boleh berjaya melakukan apa jua perkara dengan adanya keazaman yang tinggi. Semangat sebeginilah yang harus diterap dalam diri seorang Melayu Boleh yang berjaya.
Berbalik kepada kejayaan Marina Ahmad tadi, peserta ekspedisi yang pertama berjaya sampai ke puncak tersebut ialah JuruGambar RTM, Idris Ahmad, 51. Kemudian diikuti oleh Muhammad Fauzan Hasan, 39. Peserta ketiga yang sampai pula ialah penolong penerbit RTM, Marina Ahmad, 25. Kemudian diikuti pula oleh Ahmad Rezuan Rozali, 25, Mohd Rafi Kori, 35 dan Ahmad Fakhri Abu Samah, 25. Peserta yang paling tua mengikuti ekspedisi ini ialah Datu Khalid Yunus yang berusia 64 tahun, tetapi terpaksa kembali ke kem kerana mempuyai masalah kesihatan. Ini membuktikan bahawa umur juga bukanlah menjadi penghalang kepada seseorang Melayu Boleh untuk mencapai cita-citanya.
Mari kita tonton video kejayaan Melayu Boleh ini menawan puncak Gunung Everest:
Sesungguhnya, memang benarlah pepatah mengatakan "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya". Diharap kejayaan wanita Melayu Boleh ini menjadi iktibar kepada semua wanita-wanita Melayu Boleh dan gadis-gadis Melayu Boleh yang lain.
Marina Ahmad - Wanita Melayu Boleh tawan Gunung Everest
Posted by syuxx | 6:10 PM | Koleksi Melayu Boleh | 0 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments
Post a Comment