Masihkah anda ingat peristiwa kejayaan anak-anak Sidek dalam menjuarai Piala Thomas pada 1992? Ini adalah salah satu peristiwa manis yang membuktikan bahawa Melayu Boleh berjaya dalam bidang sukan seperti di dalam arena permainan badminton.
Marilah kita bersama-sama menonton Video Ekskulusif Melayu Boleh di Piala Thomas 1992 ini:
Anda boleh tonton bahagian-bahagian seterusnya di laman youtube Melayu Boleh Badminton ini.
Di dalam perlawanan ini, Malaysia telah menentang Indonesia. Sememangnya ini merupakan satu perlawanan yang sengit. Berikut adalah keputusan perlawanan Melayu Boleh ini:
(1) Rashid Sidek 15–11, 10–15, 15–8 Ardy B. Wiranata
(2) Razif Sidek & Jalani Sidek 9–15, 15–9, 3–15 Eddy Hartono & Rudy Gunawan
(3) Foo Kok Keong 15–6, 15–12 Alan Budikusuma
(4) Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang 15–12, 10–15, 15–8 Ricky Subagja & Rexy Mainaky
(5) Kwan Yoke Meng 3–15, 7–15 Joko Suprianto
Sememangnya, anak-anak Sidek telah membuktikan bahawa Melayu juga boleh berjaya dalam bidang sukan seperti sukan Badminton. Melayu Boleh harus ingat bahawa sukan juga amat penting agar badan kita sentiasa cergas dan membolehkan otak kita juga cerdas. Sememangnya, kedua-dua perkara ini adalah penting dalam membentuk seorang Melayu Boleh yang berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 comments
Post a Comment