Kecerdikan serta kepintaran anak kecil Melayu Boleh ini amat mengagumkan semua pihak masyarakat. Bayangkan di ambang usia masih muda ini, si cilik Melayu Boleh ini telah berjaya mengusai algebra, trigonometri dan indeks di ketika kanak-kanak Melayu Boleh yang lain masih lagi sedang mengenali a,b,c.

Adi Putra - Melayu BolehAdi Putra merupakan seorang kanak-kanak Melayu Boleh pintar yang baru sahaja berusia 6 tahun. Melayu Boleh kecil ini berasal daripada Perak. Kemahirannya dalam menguasai pelajaran Matematik merupakan sesuatu yang amat mengagumkan bagi semua orang termasuklah penulis sendiri yang amat kurang mahir dalam pelajaran ini. Kehebatan Adi Putra dalam menguasai matapelajaran Matematik ini di ambang usia muda merupakan suatu perkara yang harus dijadikan contoh kepada Melayu Boleh yang lain. Seharusnya, anak-anak Melayu Boleh harus didik dengan betul sejak kecil lagi kerana mereka diumpamakan sebagai kain putib yang bersih dan ibu bapa Melayu Boleh lah yang harus mencorakkan peribadi mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Adi Putra merupakan satu kebangaan bagi Melayu Boleh yang lain. Dia juga tidak pernah ke sekolah biasa kerana diajar dari rumah. Bapa Melayu Boleh ini, Abdul Ghani Abdul Wahid merupakan seorang pekerja Syarikat Tenaga Nasional Berhad. Manakala, ibunya pula, Seri Hana Ilias merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sekolah. Kecekapan serta kemampuan kedua-dua ibu bapa Melayu Boleh ini mendidik Melayu Boleh kecil ini memang sesuatu yang amat hebat.



Oleh itu, Melayu Boleh yang lain haruslah mengambil iktibar dari kejayaan Melayu Boleh kecil ini. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk menuju ke arah kejayaan supaya Melayu Boleh Kembali itu dapat kita sama-sama merealisasikan.

1 comments

  1. ~ieDa~ // April 25, 2009 3:37 AM  

    Assalamu'alaikum..1st comment ekk kt
    cnie..Ehem..!Adik Adi Putra nie die gifted..Mcm kwn sy wak2 form 5 dulu,sambil pejam mate pun buleh jwb soklan Math dkt blackboard tu..Dasat2..Tp syg la akhlak die x brp nk'A'lh wlupun Math die A++..