Salam kepada semua pembaca di blog ini. Blog ini - Melayu Boleh Kembali diwujudkan bagi menyahut cabaran dalam Pertandingan SEO Anjuran Forum WangCyber & juga JomBincang bagi kata kunci "Melayu Boleh". Pertandingan ini diadakan bagi membersih nama kata kunci "Melayu Boleh" yang sinonim pada zaman kini dengan kelakuan tidak senonoh remaja kita. Oleh itu, penulis berazam untuk turut bersama mebantu menyingkirkan laman-laman lucah Melayu Boleh di muka surat utama laman Google.com, yang boleh merosakkan pemikiran Melayu Boleh yang sebenar.

Oleh sebab itulah blog Melayu Boleh Kembali ini diwujudkan bagi menyumbang serba sedikit informasi berkenaan dengan Melayu Boleh yang sebenar. Oleh itu, tajuk Melayu Boleh Kembali digunakan di dalam blog ini bagi menunjukkan kebangkitan sebenar Melayu Boleh iaitu orang Melayu yang benar-benar berjaya. Bukannya Melayu Boleh yang lebih mejurus kepada kerosakkan anak bangsa.

Penulis berharap agar para pembaca dapat bersama-sama menjayakan misi membersihkan kata kunci Melayu Boleh yang tidak bersesuain di laman Google dan juga enjin-enjin carian yang lain. Cara yang paling senang bagi anda membantu misi ini untuk berjaya adalah dengan meletakkan pautan ke blog ini di blog-blog anda. Anda boleh gunakan kata kunci dan pautan berikut untuk di hyperlink ke blog anda:

Kata Kunci: Melayu Boleh
Pautan: http://melayubolehkembali.blogspot.com/

Kerjasama anda amat saya hargai. Marilah kita bersama-sama membantu membina modal insan Melayu Boleh yang sebenar :)

4 comments

  1. syuxx // April 14, 2009 at 5:38 AM  

    Cubaan untuk menghantar komen.

  2. melayu boleh // April 14, 2009 at 6:58 AM  

    sudah berjaya untuk dikomen

  3. Anonymous // April 15, 2009 at 6:16 AM  

    usaha ini perlu sokongan yang ramai untuk dibuat. jadi, aku akan turut menyokong usaha kalian

  4. syuxx // April 15, 2009 at 6:36 AM  

    Melayu Boleh > terima kasih :)

    Anon > terima kasih! mudah-mudahan dapat membanteras gejala MB Negatif dan kita dpt bina MB Positif. Terima kasih :)